Kerajaan akan menubuhkan pasukan petugas khas reformasi institusi yang terdiri daripada pihak berkepentingan dalam masa terdekat.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata pasukan petugas khas itu akan menjalankan kajian rentas sektor dan membentangkan cadangan pembaharuan reformasi kepada Kabinet.